Pendahuluan

PENDAHULUAN

Seminar Pengajian Islam Peringkat Antarabangsa 2019 (SePIA 1.0) dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan satu platform perbincangan ilmu dalam kalangan para pengkaji berhubung bidang-bidang ilmu pengajian Islam. Tema-tema yang lebih bersifat holistik dan integratif dibuka untuk dibincangkan dengan harapan penemuan dan resolusi baru yang dihasilkan akan memberi kesan positif kepada usaha-usaha pembangunan dan pemerkasaan ummah dari segala aspek kehidupan. Seminar ini sekaligus dapat memberi impak yang relevan dan signifikan terhadap perkembangan ilmu para peserta, memasyarakatkan ilmu pengajian Islam seterusnya meletakkannya sebagai teras paling utama dalam mencipta kejayaan dan kecemerlangan. Kemunculan Revolusi Industri 4.0 dalam kehidupan manusia masa kini serta cabaran-cabarannya seharusnya menjadikan ilmuan Islam masa kini lebih pintar dari sudut pemikiran dan penguasaan ilmunya, lebih perkasa dari sudut iman dan takwanya malah memiliki jati diri dan pendirian yang lebih teguh dan berani dalam menghadapi cabaran mendatang khususnya dalam usaha memartabatkan Islam di muka bumi.

 

TEMA

” Cabaran Pengajian Islam dalam Era Revolusi Industri 4.0″

 


PENDAFTARAN (25hb September 2019: RABU)

HARI PERTAMA

 


 

PENDAFTARAN (26hb September 2019: KHAMIS)

HARI KEDUA